This page for me share my favourite, my work, my knowledge, and every thing I want to share! Thanks for the visiting..

Sunday, February 19, 2012

Jumpa Dentist

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera..

Rasa nya agak lama dah tak update blog nie..disebabkan malas dan rutin kerja. Aku jadi malas baget nak update..

U all penah tak berjumpa dentist, dalam 6 bulan ini. Agaknya kalau dah lebih dari 6 bulan, sila-sila la berjumpa dentist yang berhampiran. Jangan jadi seperti saya, setelah habis secondary school langsung tak pernah jumpa.

Jangan takut..tak sakit ngilu jer rasa..sabtu hari tue aku and the geng pergi Klinik Pergigian Azizah dekat Cheras Perdana. Kami buat scaling gigi. Gagah jugak pergi walaupun hujan lebat masa tu. Mula rasa debar-debar. Biler dengar dari luar macam bunyi orang tengah mengerudi lagi la menakutkan.

Disebabkan layanan doc yang lembut aku jd cool sikit. Mula la sesi scaling. Kira ok la tak sakit pun dari kene ulser, aku boleh tolerate lagi.

Apa scaling nie yer?

Penah dengar tak cuci gigi. Tak sama tau dengan memutihkan gigi. Kira scaling untuk buang plat and karang gigi yang melekat tue. Sebelum ia jadi lagi teruk and bertukar color baik pergi cepat buang. Karang gigi tak boleh buang dengan memberus je, kene jumpa doc gigi tau. Thats why kita disyorkan untuk berjumpa doc sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Especially kepada smoker sekurangnya 3 bulan. Dari blog yang aku baca la depends. Ada orang yang cepat dan ada yang lambat pembentukan dia.

Rajin-rajin search pasal dentist yer..baik untuk kesihatan badan.

"Healthy Mouth, Healthy Body"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...